Walau di manapun BERSIH 2.0 diadakan pada 9 Julai ini, saya penuh yakin bahawa ia tetap merupakan satu manifestasi kebangkitan rakyat yang menentang segala tipu daya dan permainan politik jahat UMNO/Barisan Nasional.
Saya yakin KDYMM Yang Dipertuan Agong selaku payung rakyat jelata tentu akan bertindak untuk kebaikan seluruh rakyat.
UMNO dan Barisan Nasional tidak usah berharap untuk mempergunakan instituti beraja untuk mempertahankan mereka.
Segala usaha mereka untuk menudung segala kebobrokan sistem pilihanraya tidak akan berjaya kerana kebangkitan dan kesedaran rakyat sudah sampai ke kemuncaknya.
Salam dan doa penuh harapan dari saya di Tanah Suci Makkah al-Mukarramah.." - Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, 5 Julai 2011
No comments:
Post a Comment