Monday, March 12, 2012

FUTUR @ PENYAKIT DI JALAN DAKWAH (penyakit umat islam)

kecewa
lesu
malas
maksiat
jahil
tamak
lalai

AL ISTI'JAL MENDORONG PENYAKIT AL
FUTUR
AKADEMI TARBIYAH DPPM
Category: Manhaj Haraki
28 May 2011

Seorang da'ie, hendaklah sentiasa
mengawal dirinya dari bersikap Al Isti'jal,
atau dalam erti kata yang lain melakukan
persediaan gerakan Islam ini perlu seperti lebah
mentadbir sarangnya, di mana lebah terus
berfungsi dan bergerak cergas tanpa sebarang
pengabaian walaupun seketika sama ada siang
atau malam. Mereka sama sekali tidak
mengabaikan setiap peluang yang diperolehi.
Apabila hasil diperolehi ia diterima dengan penuh
ketenangan dan keselesaan. Jangan sama sekali
bertindak gopoh ke atas sesuatu yang belum tiba
masanya.
Sememangnya usaha memartabatkan Islam
sering kali dicemari dengan pelbagai anasir asing
yang pada hakikatnya di luar kerangka ajaran
Islam itu sendiri. Kita biasa mendengar suara-
suara bersemangat dan penuh emosi
mencanangkan agar Islam kembali didaulatkan
dengan apa cara sekalipun. Semangat berkobar-
kobar untuk melihat Islam kembali tertegak dalam
masa singkat lantas mendorong tingkah dan
perilaku gopoh dan terburu-buru yang akhirnya
mengundang fitnah dan kebinasaan.

BACA PENUH
http://tarbawi.my

No comments:

Post a Comment