Tuesday, April 3, 2012

BERSIH 3 sebab tuntutan rakyat bersihkan pilihanraya tak dipenuhi

PSC: Tindakan Speaker pemangkin Bersih 3.0
Written by Muhammad Faizal
Selasa, 03 Apr 2012 17:25
KUALA LUMPUR, 3 April: Penolakkan usul berkenaan laporan minoriti
dan juga meluluskan cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC)
Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya tanpa
perbahasan merupakan pemangkin kepada perlaksanaan himpunan
Bersih 3.0.
Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar), Pakatan Rakyat
mempunyai hujah serta bukti apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan
Sri Pandikar Amin Mulia meminta mereka mengemukakan bukti amalan
laporan minoriti yang dilakukan di mana-mana negara Komanwel.
"Bila Speaker meminta kita kemukakan bukti amalan mana-mana
negara komanwel yang melaksanakan laporan minoriti dalam Parlimen
mereka.
"Kita mempunyai hujah serta fakta berasaskan apa yang berlaku dalam
Parlimen di New Zealand, Australia mahupun negara-negara kecil
seperti Jamaica yang ada keutamaan tentang laporan minoriti
dimasukkan atau dibahaskan bersama dengan laporan yang
dikemukakan," jelasnya.
Tambahnya lagi, adalah tidak munasabah Pakatan Rakyat dilayan
sedemikian, yang mana hujah-hujah mereka langsung tidak mahu
didengari di Parlimen.
"Saya merasakan dengan penolakkan ini rakyat diluar sana dapat
melihat bagaimana proses penyuburan demokrasi di dalam negara ini
tidak dapat diletakkan di tempat yang adil.
"Walaupun kita menyertai PSC serta memberi kerjasama sepenuh demi
penanbahbaikan proses pilihanraya namun apa yang berlaku hari ini
telah menguburkan demokrasi negara," sambung beliau lagi.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/9306-psc-tindakan-speaker-pemangkin-bersih-30

No comments:

Post a Comment