Sunday, August 21, 2011

ustaz yg `neutral', kalau mengaku TAK BERPARTI

satu peringatan juga buat ustaz yg `neutral', kalau mengaku TAK BERPARTI pun, apa faedah? kena juga, bila nak berkata benar. lebih baik la ustaz tu menyertai JEMAAH ISLAM yg memperjuangkan Islam secara rasmi, tak perlu nak umumkan, tapi sikap ustaz `neutral' tak membawa keuntungan kpd perjuangan Islam juga. mengaku tak pernah MENGUNDI? ada peluang mengundi tapi taknak mengundi. eh, ikut kaedah apa ni ..


nak perjuangkan Islam, mesti berjemaah. nak berjemaah, kena pilih berdasarkan fikrah dan manhaj. dah kena macam ni, ustaz sorang2 la tanggung. orang lain bukan taknak tolong, tapi kalau ini sebagai `kifarah' (sebab mengabaikan tuntutan berjemaah).


pendakwah `bebas' bebas dari apa? bebas dari ikatan jemaah Islam? boleh ikut cara sendiri2 je....tak perlu ukhwah dan method yg betul?


yg dlm TV tu ramai je yg tak berani menyertai jemaah Islam secara rasmi .... duk nyorok2 je. lantak la. hang bukan ulama' tersohor, bukan taraf antarabangsa pun. duk keluar TV bercakap sekitar hal individual saja ...tak berani bercakap urusan ummah, negara, antarabangsa, hukum Islam.


kalau katakan ada jemputan dari PAS mana2 cawangan, ustaz `neutral' ni nak pi ke? malu2 ke atau takut nak pi ... nak bercakap hal `politik Islam (urusan umat dan negara).

takut nanti PENAJA produk akan tarik balik muka hang dari van produk dan iklan2 ?


ada gak yg jenis pendakwah bebas...yg tu takde gaji, itu yg tak stabil tu. takut sumber pendapatan terjejas kalau org tahu dia PAS. betul la ustaz tu kata pasal Hukum Islam tak dilaksanakan, tapi apa peranan dia dlm perjuangan melaksanakan, takkan seorang2 je, mesti la berjemaah

No comments:

Post a Comment