Wednesday, December 21, 2011

pilih jalan kebenaran dan bantu perjuangan menegakkan kebenaran, menentang kezaliman dan kejahatan

semalam aku duk fikir pasal kebangkitan mahasiswa.... ya siswa di Malaysia baru sikit je...pasal nak mansuh AUKU dan turun bendera gambar Najib. lebih dari itu sebenarnya siswa dan rakyat mesti sedar, bangkit dan sama2 berjuang. masing2 ada kaedah, ada matlamat.

aku bukan sekadar nak `bernostalgia' zaman aku siswa dulu..... aku `terkilan' tak dpt sepenuhnya aktif, dan bila kembali ke tanahair, terpaksa `tinggalkan sementara' activism kerana tekanan kerja ....

so my advice to younger friends di sini yg masih pelajar di IPTA, sedar dan bangkit..... pilih jalan kebenaran dan bantu perjuangan menegakkan kebenaran, menentang kezaliman dan kejahatan.....kepala jahat di Malaysia ini ialah UMNO, maka jangan join UMNO, tapi ambillah kaedah yg terbaik dan selamat [yg anda fikirkan tidak terlalu berisiko] utk TURUNKAN UMNO


samada nak masuk PAS, PKR, DAP, atau NGO spt CAP, Teras, malah HT, atau `punk' sekalipunk..... lawan UMNO

lawan UMNO ....jangan lawan sesama sendiri....aku dah banyak kali sound ahli HT......pemimpin depa jgn buat benda yg merugikan PAS....

dan jangan merugikan diri sendiri..... kita hidup di dunia nak beramal soleh, berdakwah, berjuang berjihad, taknak masuk neraka, nak masuk syurga.......


TURUNKAN UMNO ....... sebab UMNO BERKUASA ..... bila UMNO dah turun, semua orang dapat manfaat .....

No comments:

Post a Comment