Saturday, December 31, 2011

syabas siswa yg berani ..... laknat kepada UMNO/BN




pelajar siswa yg beraktiviti itu kerana prihatin masyarakat dan ummah, bukan siswa yg mandom pasif dan tak mahu ambil tahu hal luar selain dari berhibur, bercinta, bersukan ..... syabas siswa yg berani ..... laknat kepada UMNO/BN yg mempergunakan polis dan FRU melakukan kekerasan ke atas rakyat

****
Demo UPSI: Siswa cedera, 20 ditahan
www.malaysiakini.com
Kira-kira 20 aktivis mahasiswa ditahan polis dan seorang cedera dalam perhimpunan prokebebasan akademik di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim malam tadi.

****
Insiden UPSI: PAS desak KPN, menteri letak jawatan
KUALA LUMPUR, 1 Jan: PAS mengutuk keras kekejaman polis terhadap mahasiswa pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, polis yang didakawa sebagai profesional tidak wajar menggunakan kekerasan terhadap mahasiswa yang berhimpun secara aman untuk menyuarakan pendirian mereka mengenai kebebasan."PAS kecewa, marah dengan tindakan polis yang bertindak kasar, mencederakan pelajar hanya untuk menyuraikan mereka....

*********
Demo UPSI : Lebih 50 Mahasiswa Ditangkap, Seorang Kritikal
antarapos.com
TANJUNG MALIM, 1 JAN : Kira- kira 55 mahasiswa ditangkap polis termasuk ....

=====

Tahun Baru 2012 Tercemar

1. Tahun Baru 2012 dikotori oleh keganasan dan kezaliman melampau apabila sekumpulan mahasiswa yang dipercayai kena belasah oleh Polis. Safwan Anang Talib Timbalan Presiden GAMIS merangkap Pengerusi BEBAS , Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi atau BEBAS AUKU cedera parah dan kini [ saat artikel ini ditulis ] masih mendapat rawatan kecemasan di wad kecemasan Hospital Slim River Perak.

===== kezaliman UMNO/BN ..... nak sokong lagi? nak biarkan lagi?


*******************
2. Sementara 17 orang mahasiswa yang lain masih ditahan dalam Lokap di IPD Tanjung Malim dan seorang yang lain cedera dan pecah di bahagian kepala.

3. Saya beri masa kepada pihak kerajaan dan juga PDRM sehingga jam 12 tengahari ini [ 5 jam dari sekarang ] agar semua tahanan itu dibebaskan. Mereka juga mesti mengambil tanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mahasiswa khasnya Timbalan Presiden GAMIS yang masih dirawat dalam wad kecemasan di Hospital Slim River.

4. Sungguh zalim dan kejam tindakan mereka ke atas anak - anak muda yang hanya berhimpun untuk menyuarakan isi hati mereka di UPSI lewat malam tadi. Apakah mereka sedang menguji kebangkitan anak muda ? apakah mereka mahu menguji kesabaran anak muda ?

5. Dewan Pemuda PAS Malaysia membantah dan mengutuk sekerasnya tindakan kejam ini. Saya harap seluruh pemuda dari seluruh negara bersedia. Mulakan detik ini untuk bermunajat kepada Allah swt agar saudara Safwan kembali pulih dan 17 mangsa tahanan di bebaskan menjelang jam 12 tengahari ini. [ 5 jam dari sekarang ] Jika tidak satu himpunan besar anak muda akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa dan pihak polis yang terlibat melakukan kekasaran ini mestilah disiasat dan diambil tindakan tegas.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

No comments:

Post a Comment